231 gerai bazar Ramadan diperiksa

Anggota penguatkuasa KPDNHEP Taiping bekerjasama dengan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah LMS menjalankan pemeriksaan gerai bazar Ramadan di Taiping semalam.
Anggota penguatkuasa KPDNHEP Taiping bekerjasama dengan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah LMS menjalankan pemeriksaan gerai bazar Ramadan di Taiping semalam.
A
A
A

TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping telah memeriksa 231 gerai di bazar Ramadan di seluruh daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) sejak operasi dimulakan awal Ramadan.

Ketua Cawangannya, Mohamad Kamarol Mat Nor berkata pemeriksaan dijalankan oleh kesemua anggota penguatkuasa, dan operasi pemantauan serta pemeriksaan itu akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini dengan melibatkan agensi kerajaan berkaitan.

Menurutnya, Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 mewajibkan peniaga meletakkan tanda harga bagi setiap barangan dipamerkan untuk jualan.

"Kita tidak mahu ada gerai yang meletakkan harga jualan tinggi, tidak mempamerkan harga atau meletakkan tanda harga mengelirukan, ia akan menyusahkan pengguna.

"Amaran akan diberikan kepada peniaga terlibat dan seterusnya dikenakan kompaun,” katanya kepada media dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Kamarol berkata, sepanjang tempoh lima hari Ramadan, sejumlah enam lokasi bazar Ramadan di Taiping sudah diperiksa membabitkan 231 gerai.

Menurutnya, pemantauan di laman sosial juga diambil perhatian pihaknya dan siasatan akan dilakukan sekiranya menerima aduan mengenai gerai yang tidak mempamerkan tanda harga mahupun meletakkan harga tinggi.

"Pengguna disarankan menyalurkan aduan melalui sistem e-aduan di laman web rasmi KPDNHEP atau talian bebas tol 1-800-886-800 ataupun menerusi WhatsApp di talian 019- 279 4317,” katanya.

Artikel Berkaitan: