Semua pihak perlu terbuka isu modul Penghayatan Hadis 40

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

PELAKSANAAN modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi polemik hangat dalam kalangan masyarakat.

Perkara tersebut telah mencetuskan spekulasi oleh sesetengah pihak yang mendakwa modul itu boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Bagaimanapun, pihak KPM telah memaklumkan modul tersebut hanya akan disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam serta tidak mengganggu-gugat pemahaman murid bukan Islam.

Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, penganut bukan Islam tidak perlu khuatir kerana kebebasan beragama telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, semua pihak wajar berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Pengenalan modul itu mampu melahirkan modal insan dan pelajar berakhlak tinggi sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan aspek keseimbangan rohani, intelektual serta jasmani.

Tindakan membantah pelaksanaan modul itu seolah-olah tidak mengenali masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama.

Dalam pada itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) turut memberitahu selagi perkara tersebut hanya diperkenalkan di peringkat sekolah, agama Islam tidak sesekali diperluaskan kepada pelajar bukan Islam.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, kenyataan awal mengenai perkara itu adalah terlalu makro sekali gus mewujudkan kegelisahan orang ramai terutamanya kepada ibu bapa dan pelajar bukan Islam.

Elemen kerohanian dilihat penting dalam aspek pembelajaran di sekolah dan perkara itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian oleh pihak tertentu.

Setiap lapisan masyarakat perlu saling hormat-menghormati terutama berkaitan agama.

Pihak sekolah perlu melakukan pemantauan agar tiada isu paksaan pelajar bukan beragama Islam mengikuti modul tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

'Usah jadi hero dalam isu hadis 40' - Ahmad Fadhli

'Jangan ganggu pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi'

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!