Abdul Hadi hadiri ceramah perdana PN

Dari kanan; Abdul Hadi, Radzi dan Mazri pada program ceramah perdana berkenaan pada Sabtu.
Dari kanan; Abdul Hadi, Radzi dan Mazri pada program ceramah perdana berkenaan pada Sabtu.
A
A
A

BAKRI - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, hadir pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) DUN Simpang Jeram, di Markas Pas Bakri pada Sabtu.

Hadir sama, Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim; Ahli Parlimen Parit Buntar, Misbahul Munir dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya.

Dianggarkan ceramah perdana berkenaan dihadiri lebih 500 penyokong PN.

Difahamkan, kehadiran Abdul Hadi merupakan sebahagian daripada siri jelajah sempena PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.

Pada Ahad, Abdul Hadi bakal hadir pada program Dialog Rakyat di Pasti As-Sofi, Jalan Bakri, Muar jam 9 pagi dan bakal hadir di SRTI Al-Irsyad Jalan Sri Perkasa 1/3 Taman Tampoi Utama pada 2.30 petang.