X

Kindly register in order to view this article
!

'Buggy' mudahkan warga emas, OKU di pusat mengundi

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan buggy untuk membawa pengundi kurang upaya dan warga emas ke pusat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Sandakan di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Muhibbah hari ini. - Foto Bernama
A
A

SANDAKAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan tiga kereta 'buggy' untuk membawa pengundi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah, di sini hari ini.

Perkhidmatan kereta itu digunakan khusus untuk mengangkut pengundi saluran satu dan dua di pusat itu bagi memudahkan pergerakan mereka.

Seorang warga emas, Ijah Ambiting, 63, berkata dia tidak perlu berjalan jauh sehingga sakit kaki kerana dapat menaiki buggy terus ke saluran pusat mengundi.

Perasaan sama turut dikongsikan Alma Salud, 73, yang bersyukur dengan kemudahan buggy disediakan SPR untuk golongan yang memerlukan.

"Dahulu tiada (buggy) tetapi sekarang sudah disediakan, mak cik sangat senang hati sebab tidak perlu jalan jauh," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pusat mengundi itu.

Sementara itu, Wong Kah Wai, 30-an, berkata walaupun tidak menaiki buggy namun dia berharap supaya perkhidmatan itu akan diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi keselesaan kepada pengundi warga emas dan OKU.

Kereta buggy itu turut digunakan di beberapa pusat mengundi lain pada PRK Sandakan yang mempunyai 19 pusat mengundi dan 90 saluran.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!