Shafie Apdal ucap tahniah kepada Vivian

Calon DAP Vivian Wong Shir Yee (kanan) berpelukan dengan ibunya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan beliau dengan undi 16,012 dan majoriti 11, 521 di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua malam ini. - Foto Bernama
Calon DAP Vivian Wong Shir Yee (kanan) berpelukan dengan ibunya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan beliau dengan undi 16,012 dan majoriti 11, 521 di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengucapkan tahniah kepada Vivian Wong Shir Yee atas kemenangan besarnya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan hari ini.

Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, beliau yakin majoriti yang diperoleh beliau akan lebih besar jika lebih ramai pengundi keluar mengundi.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberikan kepercayaan kepada Vivian.

"Pengundi Sandakan sekali lagi menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah-bagi kepada kerajaan yang dipimpin Warisan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemarau PRK PH berakhir, Sandakan milik DAP

Vivian, 30, mempertahankan kerusi DAP itu dengan majoriti lebih besar 11,521 undi menewaskan pencabar terdekatnya Datuk Linda Tsen Thau Lin dari Parti Bersatu Sabah.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK parlimen Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain di sini malam ini.

Mohd Shafie berkata, beliau menyifatkan kemenangan Vivian sebagai kemenangan rakyat serta penerimaaan kerajaan yang diterajui Warisan.

Artikel Berkaitan:

"Kemenangannya adalah petunjuk yang sangat jelas bahawa UMNO tidak lagi memberi kesan kepada pengundi masyarakat Islam yang kali ini, keluar untuk memberi sokongan kuat kepada calon DAP.

"Saya berharap Vivian akan meneruskan warisan ayahnya. Mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt merupakan ahli Parlimen yang berdedikasi (untuk Sandakan) dan saya yakin Vivian dapat mengikuti jejak langkahnya, " kata beliau.

Mohd Shafie berkata, kerajaan pimpinan Warisan, yang bergabung dengan Pakatan Harapan dan UPKO, akan terus menunaikan janji kepada rakyat.

"Saya akan membimbing Vivian ketika beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik muda dan saya memberi jaminan kepada pengundi Sandakan bahawa saya akan kembali seberapa kerap yang mungkin untuk memastikan projek pembangunan digerakkan untuk memulihkan ekonomi bandar ini yang dahulu kaya dengan hasil balak, " katanya. - Bernama

Artikel Disyorkan