TUDM bantu Esscom, ATB2 jaga keselamatan sempadan kawasan Sulu

Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab (dua, kanan) menyerahkan bungkusan Hari Raya kepada salah seorang Pegawai PBOU pada Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau semalam. - Foto Bernama
Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab (dua, kanan) menyerahkan bungkusan Hari Raya kepada salah seorang Pegawai PBOU pada Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau semalam. - Foto Bernama
A
A
A

TAWAU - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersedia memberi bantuan mengikut keperluan demi menjamin keselamatan negara dan juga sempadan kawasan Sulu.

Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Mutalib Ab Wahab berkata, di Sabah aset dan anggota berada di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau dan juga di Labuan.

"Kita membantu menangani sebarang bentuk ancaman di Sabah melalui pengawasan ruang udara dan menyokong keperluan operasi pada setiap masa.

“Kita juga sentiasa menyokong keperluan operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan juga Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dalam memastikan keselamatan negara terus terjamin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada petugas PBOU Tawau di sini, semalam.

Beliau berkata, PBOU adalah sebuah pangkalan hadapan menyokong operasi udara di persekitaran kawasan negeri Sabah dan juga berperanan melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan operasi.

“Bagi mendokong peranan ini, TUDM telah menempatkan aset udara dari No 7 Skuadron iaitu pesawat helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri bagi melaksanakan tugas operasi udara mengikut keperluan semasa,”katanya lagi.

Pada majlis itu, seramai 46 pegawai dan anggota yang akan bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri diraikan.

Artikel Berkaitan:

Semua pegawai dan anggota itu turut menerima duit raya sumbangan Tabung Kebajikan TUDM sebagai penghargaan ke atas pengorbanan tugas sehingga tidak pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga. - Bernama