Penyokong bakar suar, mahu Zamsaham lepaskan TRW

Tangkap layar video yang memaparkan penyokong Kelantan FC bertindak membakar suar sebaik sahaja keluar dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam Sabtu.
Tangkap layar video yang memaparkan penyokong Kelantan FC bertindak membakar suar sebaik sahaja keluar dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam Sabtu.
A
A
A

SELEPAS membentuk formasi emoji sedih di tempat duduk penonton, beberapa penyokong Kelantan FC bertindak membakar suar sebaik sahaja keluar dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam Sabtu.

Video berdurasi antara lapan hingga 12 saat itu memaparkan sekumpulan penyokong melaungkan kata-kata yang mahu pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman melepaskan The Red Warriors.

Penyokong terbabit dikatakan bertindak melakukan kekecohan itu selepas tidak dapat menerima kekalahan terbesar Kelantan FC iaitu 2-11 kepada Selangor FC dalam aksi perlawanan ke-21 Liga Super.

Situasi itu dapat dikawal oleh sepasukan anggota polis dan dipercayai dilakukan di tempat letak kereta berhadapan stadium.

Dalam pada itu, kekalahan berkenaan memberi kesan kepada penjaga gol Kelantan, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi yang dilihat menangis sendirian di depan gawang gol sebelum ditenteramkan rakan sepasukan.

Dia kemudian dipapah rakan keluar padang.

Dalam aksi malam tadi, Kelantan FC dibelasah Selangor FC dengan jaringan 2-11 di gelanggang sendiri pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kelantan FC kena belasah 2-11 di Kota Bharu