Semarak Jalur Gemilang bangkit semangat patriotisme pelajar

Hanizan (enam dari kanan) bergambar bersama pelajar Semester Satu Pra Universiti sesi 2024 SMK Cheneh Baru di hadapan SMK Cheneh Baru.
Hanizan (enam dari kanan) bergambar bersama pelajar Semester Satu Pra Universiti sesi 2024 SMK Cheneh Baru di hadapan SMK Cheneh Baru.
A
A
A

KEMAMAN - Program Semarak Jalur Gemilang melibatkan pelajar Tingkatan Enam di daerah ini membangkitkan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-66 pada 31 Ogos ini.

Guru Kokurikulum Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh Baru, Hanizan Abdul Manan berkata, program yang berlangsung pada Selasa itu disertai seramai 331 pelajar.

Menurutnya, program anjuran Pengakap Kelana SMK Cheneh Baru itu bermula jam 7.30 pagi di sekolah tersebut sebelum bergerak ke SMK Chukai, Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah, SMK Sultan Ismail, SM Imtiaz dan SMK Badrul Alam Shah dan berakhir di Kijal Bowl Centre, Bandar Baru Kijal dekat sini.

"Antara pengisian utama program itu termasuk penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada lima sekolah Pusat Tingkatan Enam.

“Pengisian utama program termasuklah penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Lima Sekolah Pusat Tingkatan Enam bertujuan menyemarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, " katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Menurut Hanizan, tema sambutan Hari Kebangsaan kali ini memberi pengertian meluas yang perlu difahami serta dihayati oleh setiap pelajar.

"Maksud tersirat di sebalik tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023), iaitu ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang mana ia menterjemahkan semangat perpaduan dan patriotisme tinggi serta membenihkan rasa cinta yang mendalam kepada negara,”ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, pelbagai aktiviti lain dianjur mkan sepanjang program jelajah itu termasuk persembahan sajak, puisi, pantun, gurindam dan syair bertemakan patriotisme dan kemerdekaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, program tersebut merupakan hasil kerjasama dan kolaborasi dengan Sekolah-Sekolah Pusat Tingkatan Enam Daerah Kemaman dan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.