Shell App dilengkapi 3-D Secure, tersedia di 650 stesen minyak

Pengunjung boleh menikmati pengalaman baharu yang lebih selesa dengan Shell App.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman baharu yang lebih selesa dengan Shell App.
A
A
A

SHAH ALAM - Shell Malaysia melancarkan aplikasi mudah alih pembayaran minyak pertama di negara ini iaitu Shell App yang dilengkapi sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure sebagai jaminan kepada pengguna bebas daripada ancaman penipuan siber.

Pengurus Besar Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata, ia direka untuk menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran yang lebih selesa dan selamat dari dalam kereta.

Ujarnya, pengguna aplikasi itu turut dilengkapi dengan kelebihan untuk meninjau lokasi stesen Shell berdekatan dan fasiliti serta kemudahan yang tersedia seperti surau, ATM, Shell café atau pusat cuci kereta.

“Shell App kini boleh digunakan di 650 stesen minyak kami dan dijangka tersedia di seluruh negara menjelang akhir tahun 2023.

“Dalam dunia hari ini yang serba pantas, orang ramai mahukan keselesaan dan kemudahan melalui inovasi mengikut citarasa mereka sendiri.

Seow Lee Ming semasa pelancaran Shell App.
Seow Lee Ming semasa pelancaran Shell App.

“Sinonim dengan syarikat kami yang sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Lee Ming, aplikasi tersebut selamat digunakan bagi memastikan perjalanan lebih mudah selain berpeluang meraih lebih banyak mata ganjaran.

Artikel Berkaitan:

Ulasnya, dengan menyediakan pengalaman yang menyeluruh ia akan menjadikan pengalaman bersama Shell lebih selesa.

Dalam pada itu, Shell App turut menawarkan promosi dan tawaran yang diubah suai mengikut cita rasa pengguna dan boleh memantau setiap perbelanjaan serta mata BonusLink yang terkumpul.

“Pelanggan kini boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App.

“Pengguna boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga dan pada masa yang sama menebus ganjaran eksklusif daripada Shell,” katanya.