City dahagakan lebih banyak kejayaan - Guardiola

Guardiola - Foto: AFP
Guardiola - Foto: AFP
A
A
A

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola meluahkan rasa gembira dengan mentaliti juara yang ditunjukkan skuad The Citizens ketika menundukkan Newcastle 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Jaringan Julian Alvarez memastikan mereka mencatat rekod kelab dengan kemenangan ke-17 berturut-turut di tempat sendiri.

“Pemikiran dan mentaliti kumpulan pemain ini sentiasa membuatkan saya terpukau,” ujar Guardiola.

Juara treble itu sebelum ini bergelut sebelum menjulang Piala Super UEFA selepas menewaskan Sevilla 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar.

City menerima tamparan dalam saingan awal musim baharu ini dengan ketiadaan Bernardo Silva dan John Stones, manakala Kevin De Bruyne akan berehat sehingga empat bulan kerana kecederaan hamstring.

Tanpa tiga tonggak itu, tiada masalah buat para pemain yang dahagakan kejayaan dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan liga empat kali berturut-turut.

“Ia adalah perlawanan kedua musim ini. Pemain telah buktikan mereka mahu meraih lebih banyak kemenangan selepas ini,” kata Guardiola.

Artikel Berkaitan: