Piala Malaysia: Perjalanan Terengganu masih jauh

Krasniqi (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur Rovers, Zainul Arifin Ahmad Latfi pada aksi kedua Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak.
Krasniqi (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur Rovers, Zainul Arifin Ahmad Latfi pada aksi kedua Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak.
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) diingatkan supaya tidak mendabik dada selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia setelah menyingkirkan cabaran Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) FC dengan agregat, 7-0 dalam perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia di Gong Badak.

Malah pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner menuntut pemain skuad Penyu untuk lebih berdisiplin menjelang perlawanan yang akan berdepan cabaran lebih sengit di fasa lapan terbaik.

“Ya, saya amat berpuas hati dengan corak permainan pasukan Terengganu sekali gus menyaksikan kita menang dengan agregat besar 7-0 tanpa bolos.

“Malah saya juga gembira apabila pemain tidak mengalami kecederaan yang serius bagi persediaan perlawanan seterusnya.

“Sejujurnya, kemenangan ini merupakan suatu yang positif kepada pemain dan pasukan untuk mengekalkan rentak kemenangan," katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Terengganu FC menewaskan Kuala Lumpur Rovers, 3-0.

Gol Terengganu dihasilkan Norhakim Hassan minit ke-32 dan m-89 dan Liridon Krasniqi (m-78).

Artikel Berkaitan: