Puas hati prestasi semasa FGV

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) berjaya mengekalkan momentum penambahbaikan dalam pengeluaran hasil ladangnya pada bulan April 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kejayaan itu berikutan hasil daripada pelan transformasi yang dilaksanakan sejak Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, syarikat itu menghasilkan sejumlah 382,548 metrik tan (MT) tandan buah segar (BTS) daripada 23 wilayah berbanding 358,527 MT yang dihasilkan pada tempoh sama tahun 2018, peningkatan sebanyak 6.7 peratus.

“Saya amat berpuas hati dengan prestasi semasa bahagian operasi dan ini merupakan hasil daripada kerjasama semua petugas khususnya di peringkat ladang.

"Saya yakin momentum ini akan berterusan sepanjang tahun sekali gus membantu kumpulan untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik tahun ini,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini

Dalam pada itu, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) FGV juga meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada 267,436 MT berbanding to 239,662 MT, manakala pengeluaran isirung sawit juga naik 13.9 peratus kepada 71,316 MT berbanding 62,623 MT pada tempoh sama tahun 2018.

Artikel Berkaitan: