Tuchel puji ketajaman Kane

Harry Kane - Foto AFP
Harry Kane - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Bayern Munich, Thomas Tuchel memuji Harry Kane selepas penampilan sulungnya di Bundesliga berakhir dengan kemenangan 4-0 ke atas Werder Bremen pada awal pagi Sabtu.

Tuchel, yang memainkan peranan penting membawa kapten England itu ke Munich menyifatkan Kane berada dalam kelas tersendiri selepas menjaringkan satu gol dan membuat satu bantuan gol dalam kemenangan tersebut.

"Dia mampu mempengaruhi perlawanan dan dia sangat bijak. Dia tahu apa yang dia lakukan dan dia sangat tajam," katanya.

Kane mencipta satu bantuan gol untuk Leroy Sane pada minit keempat dan meledak jaringan pada minit ke-74 untuk kemenangan selesa Bayern.

“Dalam latihan, gaya dan cara dia melakukan sesuatu di atas padang dan keinginan dia untuk berlatih dengan gigih memang sangat mengagumkan.

“Dia menjadikan setiap pemain di sekelilingnya lebih baik. Ia adalah penampilan pertama yang sangat baik," katanya.

Dalam pada itu, Kane percaya ia menjadi satu permulaan yang positif untuknya melakar lebih banyak jaringan pada masa akan datang.

"Gol awal jelas membantu dan kami sepatutnya boleh mematikan perlawanan lebih awal. Kami bertahan dengan baik dan gawang tidak dibolosi juga membuatkan saya sangat gembira,” katanya.

Artikel Berkaitan: