Warna-warni kemerdekaan Indonesia

Jokowi menyerahkan bendera Indonesia sebelum ia dinaikkan semasa upacara memperingati Hari Kemerdekaan ke-78 negara itu di Istana Presiden.
Jokowi menyerahkan bendera Indonesia sebelum ia dinaikkan semasa upacara memperingati Hari Kemerdekaan ke-78 negara itu di Istana Presiden.
A
A
A

JAKARTA - Tarikh 17 Ogos setiap tahun merupakan ulang tahun Hari Kemerdekaan Indonesia daripada pemerintahan kolonial Belanda pada 1945.

Seperti tahun-tahun sebelumnya kecuali semasa republik itu dihambat pandemik Covid-19, sambutan kemerdekaan atau dikenali sebagai ‘tujuhbelasan’ oleh penduduk tempatan disambut dengan pelbagai aktiviti.

Polis trafik dan pengguna jalan raya memberikan tabik hormat ketika bendera Indonesia dikibarkan di Surabaya.
Polis trafik dan pengguna jalan raya memberikan tabik hormat ketika bendera Indonesia dikibarkan di Surabaya.

Upacara menaikkan bendera kebangsaan Indonesia, ‘Sang Saka Merah Putih’ sudah semestinya menjadi keutamaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-78 tahun ini yang bertemakan ‘Terus Melaju untuk Indonesia Maju’. Di segenap pelosok negara, orang ramai dilihat menyertai pelbagai permainan sukan rakyat termasuk memanjat tiang licin bagi mengambil hadiah di puncaknya, malah ada yang meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti umum.

Penari kebudayaan membuat persembahan semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Istana Presiden.
Penari kebudayaan membuat persembahan semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Istana Presiden.



Peserta bertungkus lumus memanjat tiang yang disapu gris bagi mengambil hadiah di puncaknya semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Pantai Ancol, Jakarta.
Peserta bertungkus lumus memanjat tiang yang disapu gris bagi mengambil hadiah di puncaknya semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Pantai Ancol, Jakarta.

Sementara itu di Jakarta, remaja yang mencipta sensasi pada program America's Got Talent (AGT) 2023, Putri Ariani tampil membuat persembahan di Istana Merdeka.

Putri Ariani berjaya menghiburkan tetamu kehormat termasuk Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan isterinya, Iriana serta tetamu kenamaan lain.

Artikel Berkaitan:

Ditemani ibu bapanya menuju ke piano, penyanyi berusia 17 tahun itu memulakan persembahan dengan lagu Melati Suci, ciptaan Guruh Soekarnoputra.

Seorang kanak-kanak perempuan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan komuniti tempatan di Jakarta.
Seorang kanak-kanak perempuan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan komuniti tempatan di Jakarta.



Acara lari dalam guni menceriakan sambutan di Jakarta.
Acara lari dalam guni menceriakan sambutan di Jakarta.



Sekumpulan budak lelaki menyertai acara sukan rakyat di Banda Aceh.
Sekumpulan budak lelaki menyertai acara sukan rakyat di Banda Aceh.

Putri Ariani atau nama sebenarnya, Ariani Nisma Putri yang berasal dari Riau dijangka meneruskan perjuangan di pentas separuh akhir AGT 2023 di Pasadena Civic Auditorium, Los Angelas, Amerika Syarikat (AS) pada 5 September ini. - Agensi

Pertandingan lawan bantal atas titi (batang khas), antara sukan tradisional yang diadakan dan disertai golongan kanak-kanak di Banda Aceh.
Pertandingan lawan bantal atas titi (batang khas), antara sukan tradisional yang diadakan dan disertai golongan kanak-kanak di Banda Aceh.