MGB kekal prestasi positif, raih pendapatan RM233 juta

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - MGB Berhad (MGB), anak syarikat LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan pendapatan sebanyak RM233 juta bagi suku kedua kewangan berakhir 31 Disember 2023

Ia sekaligus mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM12.41 juta berbanding RM0.17 juta pada tahun sebelumnya.

Keputusan kukuh ini dijana daripada projek-projek seperti Idaman BSP, projek Rumah Idaman MBI, KITA Mekar dan KITA Mesra di bawah perbandaran KITA @ Cybersouth.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Ir. Lim Hock San,berkata, syarikat berjaya mengoptimumkan kos pembinaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar sekaligus menyumbang kepada keuntungan syarikat.

“Segmen pembinaan dan perdagangan kekal sebagai keuntungan utama syarikat yang menyumbang pendapatan sebanyak RM388 juta, peningkatan sebanyak RM 84 juta berbanding RM304 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

“Segmen Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) bagi tempoh kewangan semasa sebanyak RM30 juta berbanding suku tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM14 juta.

Dengan memanfaatkan penggunaan teknologi pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalaman yang telah dibangunkan dengan kukuh dan stabil, syarikat berjaya mengekalkan kecekapan operasi, membantu MGB untuk laporan margin yang lebih baik,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

TAN SRI IR. LIM HOCK SAN
TAN SRI IR. LIM HOCK SAN

Artikel Berkaitan:


Menurutnya, produk konkrit pratuang syarikat turut menunjukkan prestasi cemerlang, dengan menjana pendapatan kira-kira RM29.20 juta bagi suku ini.

“Sektor pembangunan hartanah juga menunjukkan prestasi yang baik. Peningkatan keuntungan sebanyak RM14.02 juta daripada RM8.44 juta pada suku tahun sebelumnya kepada RM22.46 juta daripada empat buah projek, iaitu Idaman Melur, Cybersouth dengan 1,448 unit, Idaman Cahaya Fasa 1 (568 unit), Idaman Sari (513 unit) dan Pangsapuri Saujana Indah Fasa 1 dengan 595 unit.

“Segmen PBT bagi suku semasa dicatatkan sebanyak RM4 juta berbanding suku tahun sebelumnya, iaitu sebanyak RM0.68 juta,”katanya.

Hock San berkata, pihaknya gembira dengan keputusan baik yang konsisten sejak suku pertama kewangan berakhir 31 Disember 2023.

“Buku pesanan pembinaan tertunggak kami (termasuk projek dalaman MGB) yang berjumlah RM 1.87 bilion dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 2.34 bilion daripada 9 buah projek yang dibilkan di bawah segmen pembangunan hartanah kami kekal stabil dan mampu mengekalkan trajektori pertumbuhan MGB untuk baki tahun ini.

No Image Caption



“Usaha sama terbaharu kami di Arab Saudi bersama Sany Alameriah Industrial merupakan kemuncak perniagaan dengan pemeteraian Perjanjian Usahasama di antara kedua-dua pihak, yang berlangsung pada 27 Julai 2023 lepas.

“Dengan usaha sama ini, kami berharap untuk melebarkan sayap dan jenama MGB di peringkat antarabangsa. Projek Rumah Idaman MBI terus mendapat sambutan menggalakkan, terutamanya Idaman Cahaya Fasa 2 yang dilancarkan baru-baru ini. Perkembangan positif ini turut menyumbang kepada keputusan syarikat pada suku akan datang,”katanya.

Beliau berkata, pihak syarikat kekal optimis dan berhati-hati dalam setiap urus niaga untuk baki tahun 2023, dan gembira dengan pencapaian prestasi syarikat pada separuh pertama 2023.

“Di sebalik jangkaan Bank Dunia bahawa pertumbuhan global akan bergerak perlahan dengan ketara pada kadar 2.1 peratus di tahun 2023, keuntungan bagi separuh tahun pertama sangat memberangsangkan dan MGB menyasar untuk terus mengekalkan prestasi kukuh pada separuh tahun kedua 2023,”katanya.