Nahas Elmina: Pemandu e-hailing tidak bawa penumpang

Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid
Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid
A
A
A

SHAH ALAM – Pemandu e-hailing yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Seksyen U16 di sini tidak membawa sebarang penumpang semasa kejadian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid mengesahkan maklumat itu diperoleh selepas semakan dibuat dengan penyedia khidmatan e-hailing tersebut.

"Semasa kejadian kita mendapati dia (pemandu e-hailing) sudah berhenti daripada mengambil tempahan baharu daripada penumpang sejak jam 2 petang,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi nahas pesawat peribadi, di sini, pada Jumaat.

Beliau menyatakan demikian berikutan timbul persoalan sama ada terdapat penumpang dalam kenderaan e-hailing yang terbabit dalam nahas tersebut.

Semalam sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang termasuk dua kru terhempas di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban manakala dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu e-hailing meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini