X

Kindly register in order to view this article
!

SPAN arah Air Selangor maklum status pemulihan lebih kerap

Charles Santiago
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) supaya memaklumkan status kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air kepada pengguna dengan lebih kerap.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, perkara itu ada termaktub di bawah Seksyen 54 dan Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).

Menurutnya, operator air mempunyai obligasi untuk mengemaskini laporan kemajuan mengenai gangguan bekalan kepada pengguna dari semasa ke semasa melalui kenyataan media, laman web dan media sosial.

“Air Selangor perlu mematuhi kehendak akta tersebut dengan maklumkan kepada pengguna mengenai status kerja pembaikan yang sedang dijalankan dan status pemulihan ke kawasan terlibat.

“Mereka perlu kemas kini maklumat lebih kerap berhubung apa yang berlaku susulan kejadian paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuh raya West Coast Expressway (WCE) Banting – Taiping,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini..

Beliau berkata, SPAN akan terus memantau secara rapi kerja pembaikan ke atas paip-paip terlibat bagi memastikan bekalan air pulih dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses pemulihan bekalan air masih berlangsung

Terdahulu, sejak Ahad lepas, hampir 90 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di kawasan pembinaan lebuh raya itu pecah.

Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, kerajaan negeri dan pihak WCE akan berusaha menyelesaikan kerja pembaikan paip itu dengan kadar segera.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!