Proses pemulihan bekalan air masih berlangsung

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Proses pemulihan berperingkat bekalan air di kawasan yang terjejas masih berlangsung dengan beberapa kawasan telah mendapat bekalan.

Air Selangor dalam kenyataan melalui laman Facebook memohon maaf di atas kelewatan pemulihan beberapa kawasan yang di sasarkan pulih siang tadi ekoran permintaan tinggi dan tekanan aliran yang masih belum stabil.

"Air Selangor sedang mengambil segala tindakan perlu bagi meningkatkan paras kolam dan menstabilkan tekanan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan pemulihan.

"Kami masih lagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki air dan Pusat Khidmat Setempat di empat lokasi yang dinyatakan masih terus beroperasi," katanya.

Menurut kenyataan itu, antara lokasi Pusat Khidmat Setempat (PKS) adalah di PKS Bandar Sultan Suleiman - Masjid As-Saadah, Lingkaran Sultan Abd Samad 2, PKS Bandar Parkland - Taman Rekreasi, Jalan Delima 8, PKS Taman Sri Andalas - Tapak Parkir Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail dan PKS Batu Belah - sebelah Aeon Big, Jalan Kapar.

"Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan ini amatlah dihargai," katanya.

Terdahulu, sejak Ahad lepas, hampir 90 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di kawasan pembinaan lebuh raya itu pecah.

Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, kerajaan negeri dan pihak WCE akan berusaha menyelesaikan kerja pembaikan paip itu dengan kadar segera.

Artikel Berkaitan: