Wujudkan unit penyamaran, kenal pasti pelaku sebalik 'SOP Gelap'

Gambar hiasan 123RF. (Gambar kecil: Helmi)
Gambar hiasan 123RF. (Gambar kecil: Helmi)
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mewujudkan satu unit penyamaran dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk kenal pasti pelaku di sebalik ‘SOP Gelap’.

Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH), Dr Helmi Ibrahim mendakwa, SPRM sehingga kini gagal dalam mengambil tindakan proaktif terhadap budaya itu sekali gus menjadi pandemik dalam jabatan tersebut.

Menurutnya, tindakan lebih serius perlu dibuat kerana siasatan yang dijalankan setelah terbongkarnya perilaku rasuah sudah tidak efektif.

“Sudah sampai masanya SPRM meletakkan satu unit penyamaran dalam jabatan itu bagi mengenal pasti kewujudan SOP Gelap atau prosedur kemasukan warga asing di pintu masuk negara dengan menerima rasuah dan siapakah pemainnya.

“Jabatan Perkhidmatan Awam juga hendaklah mewujudkan mekanisme yang hanya mengambil golongan berintegriti untuk ditempatkan dalam agensi penguatkuasaan strategik seperti jabatan berkenaan.

“Ia merupakan satu agensi yang penting untuk keselamatan negara, maka tahap integritinya perlu tulen dan tiada kompromi terhadap salah guna kuasa serta rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian pada 31 Julai lalu, bahawa SPRM menahan dua penguat kuasa tempatan kerana disyaki menerima wang rasuah bagi meluluskan permohonan visa oleh warga Bangladesh untuk memasuki Malaysia, konon bertujuan melancong.

Artikel Berkaitan: