Ketua Polis Negara baharu mengadap Agong

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam. - Foto Facebook Istana Negara
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara (KPN) mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Jalan Duta di sini semalam.

Majlis mengadap tersebut adalah yang pertama antara Yang di-Pertuan Agong dengan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sejak beliau dilantik menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Gambar mengadap tersebut dikongsikan di laman Facebook Istana Negara semalam.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib selepas 35 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Abdul Hamid sebegai Ketua Polis Negara berkuat kuasa 4 Mei lalu.

Pelantikan secara kontrak itu bagi tempoh dua tahun.