Warga MTI cemas, bumbung diterbangkan ribut

Bumbung bangunan MTI yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada petang Rabu.
Bumbung bangunan MTI yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada petang Rabu.
A
A
A

TEMERLOH - Warga Madrasah Tarbiah Islamiah (MTI) Kampung Chatin, Mentakab di sini cemas apabila beberapa bumbung bangunan itu diterbangkan angin akibat ribut pada petang Rabu.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MTI, Rustami Ahmad memberitahu, satu blok asrama pelajar lelaki dan dua blok kelas mengalami kerosakan dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu.

Menurutnya, ketika kejadian, pelajar baharu selesai menjalani aktiviti riadah sukan.

"Syukur Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian menimpa warga sekolah dan ini kali pertama ia berlaku.

"Terdapat juga pokok tumbang menghempap tandas dan kerja-kerja pengalihan selesai dilakukan hasil bantuan bomba dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira jam 11 malam," kata beliau kepada Sinar Harian pada Khamis.

Kerja-kerja pengalihan pokok yang turut menghempap tandas MTI dalam kejadian tersebut.
Kerja-kerja pengalihan pokok yang turut menghempap tandas MTI dalam kejadian tersebut.

Ujar beliau, setakat ini, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM3,000 hingga RM5,000.

MTI tersebut memiliki 189 pelajar terdiri 189 pelajar lelaki dan selebihnya perempuan berusia 13 hingga 17 tahun.

Artikel Berkaitan: