Agong terima watikah 18 perwakilan asing ke Malaysia

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima watikah pelantikan daripada Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Abdelhafid Bounour pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap di Istana Negara pada Khamis. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan menerima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jaime Alexis Munoz Sandoval dari Chile, Ouk Chandara (Kemboja), Lada Phumas (Thailand), Dinh Ngoc Linh (Vietnam), Abdelhafid Bounour (Algeria), Morecome Mumba (Zambia), Altynbek Zhumaev (Kyrgyzstan), Ailsa Terry (United Kingdom) dan Krzysztof Dariusz Dobrowolski (Poland).

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima watikah pelantikan daripada Duta Besar Kerajaan Thailand ke Malaysia, Lada Phumas. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima watikah pelantikan daripada Duta Besar Kerajaan Thailand ke Malaysia, Lada Phumas. - Foto Bernama

Selain itu, Orla Tunney dari Ireland, Syed Ahsan Raza Shah (Pakistan), Serob Bejanyan (Armenia), Stella Bezirtzoglou (Greece), Patrick Hemmer (Luxembourg), Darius Gaidys (Lithuania), Erick Rahmat Moertabat (Suriname), Marko Ham (Slovenia) dan Charif Maoulana (Comoros).

Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Bernama

Artikel Berkaitan: