Guardiola idam lengkapkan pemburuan trofi

Guardiola - Foto AFP
Guardiola - Foto AFP
A
A
A

PEP Guardiola mahu melengkapkan semua trofi sebagai pengendali Manchester City apabila memenangi Piala Super UEFA pertama kelab itu dengan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dengan Sevilla pada Khamis.

Juara Eropah itu terpaksa bangkit dari ketinggalan selepas tandukan Youssef En-Nesyri pada separuh masa pertama meletakkan kelab Sepanyol tersebut di hadapan.

City yang tidak beraksi pada tahap sebenar berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Cole Palmer dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Anak buah Guardiola kemudiannya menyempurnakan semua penalti dan menang 5-4 selepas tendangan penalti pertahanan Sevilla, Nemanja Gudelj terkena palang.

Sekiranya City memenangi Piala Dunia Kelab pada Disember, ia akan melengkapkan senarai trofi yang dimiliki Guardiola di kelab itu sejak bersama City termasuk lima gelaran Liga Perdana, empat Piala Liga, dua Piala FA dan Liga Juara-Juara pertama kelab itu.

“Kami sangat gembira untuk kelab memenangi trofi ini. Kami hanya kekurangan satu trofi untuk melengkapkan semua gelaran," kata Guardiola.

Dalam pada itu, Guardiola turut merasai kehilangan perancang tengahnya, Kevin De Bruyne akibat kecederaan dan Bernardo Silva yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Kehilangan De Bruyne untuk tempoh empat bulan akibat kecederaan hamstring yang serius memburukkan situasi di bahagian tengah City selepas turut kehilangan Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez yang berpindah pada jendela perpindahan musim ini.

Artikel Berkaitan:

Pemain antarabangsa Brazil dari West Ham, Lucas Paqueta telah dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad.

“Kami tidak berada dalam keadaan terbaik," katanya.