Konvoi Madani Ride 2023 semarakkan semangat nasionalisme

M Kumar menyempurnakan gimik pelancaran konvoi.
M Kumar menyempurnakan gimik pelancaran konvoi.
A
A
A

JOHOR BAHRU – “Konvoi Madani Ride 2023 bukan sekadar satu funride, tetapi ada matlamatnya,”

Itu reaksi Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar selepas menyempurnakan pelepasan konvoi berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Rabu.

Menurutnya, program yang disertai seramai150 penunggang motosikal berkuasa tinggi melibatkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ahli Kelab Super Biker Ipoh (ISBC) itu akan menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di sepanjang program berkenaan berlangsung.

“Program ini merupakan antara program terakhir sempena sambutan Hari Polis ke-216 dan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan akan melalui kesemua negeri di Semenanjung Malaysia dalam usaha menyemarakkan semangat nasionalisme dan semangat sambutan Hari Kebangsaan.

“Selain itu, kita juga akan menghulurkan derma selain melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada yang memerlukan di sepanjang konvoi ini berlangsung. Bukan PDRM sahaja, ia turut melibatkan pihak lain,” katanya.

M Kumar berkata demikian pada majlis pelepasan Konvoi Madani Ride 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Rabu.

Hadir sama, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dan Pengerusi Kelab Super Biker Ipoh Perak (ISBC), Chia Poh Huat.

Sementara itu, Mohd Said yang dilantik sebagai pengarah program berkata, Johor Bahru merupakan destinasi kedua setelah konvoi tersebut bermula di Melaka baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

“Dianggarkan kita akan menempuh jarak perjalanan sejauh 1,200 kilometer (km) lebih pada konvoi kali ini.

“JB (Johor Bahru) merupakan destinasi kedua sebelum kita akan bergerak ke Kuantan, Terengganu, Kelantan, Selatan Thailand, Kedah, Pulau Pinang, Ipoh dan berakhir di Shah Alam,” katanya.