Kekalahan BN penanda aras untuk terus bangkit - Ab Rauf

Ab Rauf ketika bercakap kepada media di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh pada Rabu.
Ab Rauf ketika bercakap kepada media di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Kekalahan yang dihadapi Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu lalu akan menjadi penanda aras kepada semua ahli untuk berdiri teguh pada parti dan terus bangkit.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kekalahan yang dihadapi BN juga pernah dialami parti lain seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum mereka kembali bangkit.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan BN bagi memastikan parti itu tidak tergelincir dan dapat memperbaiki ke arah lebih baik.

"Kita akan bangkit semula membina kekuatan pada PRU akan datang selepas kita telah menilai kelemahan dan kekurangan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi Tahun Melawat Melaka 2024 di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini pada Rabu.

Rauf yang juga Ketua Menteri berkata, kenyataan beberapa pemimpin parti yang mengaitkan UMNO akan berkubur termasuk impak susulan bekerjasama dengan DAP, disifatkan hanya pandangan peribadi masing-masing.

Tambah beliau, Melaka antara negeri Kerajaan Perpaduan yang boleh dicontohi dan dikaji kebaikan serta persefahaman antara dua parti iaitu DAP dan BN yang berbeza pendapat sebelum ini.

"Saya seru semua pendokong parti jangan keliru dengan kenyataan bahawa DAP menghancurkan orang Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Di Melaka, mereka (DAP) bersungguh-sungguh untuk memupuk satu kebersamaan membina sebuah negeri yang hebat," katanya.

Pada PRN lalu, BN hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi iaitu Selangor (2), Negeri Sembilan (14), Kelantan (satu) selain dua kerusi di Pulau Pinang.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!