'Tak harap tonton berjuta, cukup orang tahu'

Harris Alif
Harris Alif
A
A
A

PENYANYI dan pelakon remaja, Harris Alif kembali dengan single terbaharu berjudul Pencinta, hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal, Ajai, selepas tiga tahun tidak menyanyi.

Menurut Nor Harris Alif Nor Rashidi, amat berharap lagu tersebut dapat diterima oleh pendengar terutama para peminatnya.

“Harapan saya semoga semua orang dapat layan dan menikmati lagu Pencinta ini selepas sekian lama tak muncul dengan lagu baharu.

“Sungguhpun begitu, saya tidaklah mengharapkan dapat tontonan berjuta-juta di YouTube, cukup sekadar orang ramai tahu saya masih menyanyi dan ada lagu baharu.

“Jika ada peluang dan rezeki, saya mahu masuk Anugerah Juara Lagu ataupun program realiti Big Stage untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya dalam bidang ini.

“Buat masa ini masih tiada kata putus lagi. Kena berbincang dahulu dengan syarikat rakaman,” katanya.

No Image Caption

Bercakap tentang dunia lakonan, Harris berkata, dia sebenarnya mahu watak remaja dan sebolehnya tidak mahu watak kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

“Kebanyakan tawaran yang saya terima mahu saya melakonkan watak kanak-kanak. Rasanya tak berapa sesuai dengan suai saya sekarang.

"Bukan nak tolak rezeki tetapi kalau boleh watak remaja di alam universiti,” ujarnya.

Dek kepadatan jadual, Harris mengakui terpaksa selektif dalam menerima tawaran kerana tuntutan sebagai pengacara program Pop Ekspress.

“Saya hanya dapat berlakon untuk projek seperti telefilem sahaja. Selebihnya saya terikat sebagai pengacara Pop Ekspress," katanya.