Sila log masuk terlebih dahulu.

'Wira Perang' Covid-19 bakal bersara selepas 35 tahun berkhidmat

11 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 11 APRIL 2023

Khidmat bakti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam bidang kesihatan negara selama 35 tahun akan berakhir apabila beliau bakal bersara wajib pada 21 April ini.

Semakan di Facebook mendapati beberapa individu dan pihak termasuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memuat hantaran mengenai persaraan beliau sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan rekod, bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlang menyaksikan beliau berhadapan saat mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.

Beliau dianggap 'wira' rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

Dr Noor Hisham dianggap 'wajah yang memberi keyakinan' oleh rakyat negara ini kerana usahanya memberikan maklumat terkini mengenai Covid-19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.

Media sebelum ini juga ada melaporkan Dr Noor Hisham, dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network, berdasarkan kewibawaannya tangani krisis Covid-19.

Artikel: https://bit.ly/40OPoqZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com