Bakar lori pasir angkara dendam

Sebuah lori milik syarikat pembinaan di Kampung Telok Gong, Klang dibakar, semalam, dipercayai bermotifkan dendam.
Sebuah lori milik syarikat pembinaan di Kampung Telok Gong, Klang dibakar, semalam, dipercayai bermotifkan dendam.
A
A
A

KLANG - Sebuah lori pasir milik syarikat pembinaan di Jalan Perajurit, Kampung Telok Gong, di sini, dibakar semalam angkara dendam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila tiga pemandu lori berusia lingkungan 20 hingga 30-an dipukul dengan kayu dan rotan oleh lapan individu membabitkan majikan serta rakannya sehari sebelum kebakaran lori.

"Tiga pemandu ini dipukul kerana didakwa mencuri minyak diesel tangki lori syarikat tersebut.

"Selepas insiden pukul itu, keesokan petang seorang lelaki telah menceroboh memasuki syarikat tersebut dan bertindak membakar sebuah lori," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, satu laporan polis berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Pandamaran pada jam 5.18 petang pada hari kejadian.

Rakaman video memaparkan beberapa individu memukul tiga pemandu lori di bilik stor syarikat pembinaan kerana dikatakan mencuri minyak diesel lori.
Rakaman video memaparkan beberapa individu memukul tiga pemandu lori di bilik stor syarikat pembinaan kerana dikatakan mencuri minyak diesel lori.

Tambahnya, setakat ini seramai lapan individu dipercayai terlibat telah ditahan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

Justeru, polis ingin menegaskan bahawa kes terbabit tidak melibatkan sebarang isu perkauman. Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang-undang.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial menunjukkan pemandu lori itu dipukul dan kebakaran sebuah lori.