Lelaki lalok acu pisau lipat, kasari wanita ditahan

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menahan dan mengasari seorang wanita dengan mengacukan pisau terhadap mangsa pada Selasa.
Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menahan dan mengasari seorang wanita dengan mengacukan pisau terhadap mangsa pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang individu mengasari seorang wanita serta mengacukan pisau terhadap mangsa membawa padah apabila suspek diberkas dalam kejadian di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 petang.

"Mangsa merupakan seorang wanita warga asing dipercayai dikasari suspek yang tidak dikenalinya.

"Suspek bertindak menahan mangsa dan mengacukan sebilah pisau lipat terhadap mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, suspek kemudiannya berjaya diberkas beberapa anggota dari Balai Polis Sri Petaling berdasarkan maklumat diterima.

"Suspek seorang lelaki warga tempatan ditahan bersama pisau lipat berwarna merah

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod dadah dan enam rekod jenayah," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tidak mengenali suspek.

Artikel Berkaitan:

"Suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada itu kemudiannya tampil membuat laporan polis pada hari sama kira-kira jam 6 petang," katanya.

Ujar Amihizam, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan pihaknya.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Pada Selasa, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menahan dan mengasari seorang wanita dengan mengacukan pisau terhadap mangsa.