Fadzilah Kamsah lancar buku motivasi Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?

Mohamed Izam (kanan) dan Dr Fadzilah pada pelancaran buku Ingat Syaitan Pernah Ambil MC pada majlis Ihya Ramadan di Dewan Karangkraf Shah Alam semalam. - FOTO ROSLI TALIB
Mohamed Izam (kanan) dan Dr Fadzilah pada pelancaran buku Ingat Syaitan Pernah Ambil MC pada majlis Ihya Ramadan di Dewan Karangkraf Shah Alam semalam. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah semalam melancarkan buku terbarunya Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?Buku motivasi yang diterbitkan

Karya Bestari itu boleh didapati di pasaran mulai hari ini dengan harga RM22 senaskhah.

Menurut Mohd Fadzilah, idea untuk menghasilkan buku itu tercetus selepas beliau mengkaji semula motivasi ringkas yang beliau sampaikan setiap pagi di sebuah stesen radio swasta yang kini telah memasuki tahun kelima.

Katanya, karya terbarunya itu diharap mampu menjadi pencetus minda kepada masyarakat untuk mencari penyelesaian kepada beberapa masalah dalam hidup.

“Memang (Ingat Syaitan Pernah Ambil MC?) ini tidak menjawab semua persoalan dalam hidup tetapi ia boleh membuatkan orang berfikir untuk pastikan masalah diselesaikan kerana setiap masalah ada solusinya.

“Buku ini amat mengujakan bagi mereka yang tidak berapa rajin membaca dan mencari maklumat kerana ia ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami,” katanya.

Majlis pelancaran buku tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Mohamed Izam Mohamed Yusof sempena Ihya Ramadan: Produktiviti di Bulan Puasa di Dewan Karangkraf di Shah Alam semalam.

Program Ihya Ramadan merupakan beberapa aktiviti yang telah dirangka untuk tempoh sebulan ini yang dianjurkan Kelab Sukan dan Rekreasi Karangkraf dan Surau Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Fadzilah dalam tazkirah Ramadan bertajuk Produktiviti Pada Bulan Puasa berkata, Ramadan harus menjadi titik perubahan untuk menjadi produktif dalam hidup.

“Untuk produktif dalam hidup kita haruskan saling mendoakan sama satu lain. Doakan majikan, doakan rakan dan juga pelanggan kita,” katanya.