Riyadh gamit Neymar

Neymar Foto: Agensi
Neymar Foto: Agensi
A
A
A

AL HILAL menjadi destinasi seterusnya bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar selepas penyerang Brazil itu bersetuju dengan kontrak dua tahun kelab Liga Pro Saudi tersebut, menurut media Arab Saudi.

Pemilik Les Parisiens, Qatar Sports Investments (QSI) tidak memberi sebarang komen perkara itu, namun akhbar Perancis L'Equipe berkata kontrak tersebut membolehkan pemain berusia 31 tahun menerima 160 juta euro dengan gaji £2.5 juta pound seminggu.

Sementara itu, yuran perpindahan dilaporkan kira-kira €90 juta euro ditambah dan tertakluk kepada melengkapkan pemeriksaan perubatan.

Sumber yang rapat dengan operasi itu memberitahu bahawa Neymar menjalani pemeriksaan perubatan di Paris pada Isnin dijangka tiba di Riyadh pada Rabu untuk sesi pengenalan kepada para penyokong Al Hilal di Stadium King Fahd.

Sebagai rekod, Al Hilal, yang dikendalikan pengendali dari Portugal, Jorge Jesus, akan menentang Al Fayha pada Sabtu, dengan Neymar dijangka memakai jersi nombor 10.

Neymar, yang menyertai PSG pada 2017 dari kelab Sepanyol Barcelona dengan bayaran perpindahan rekod dunia sebanyak €222 juta euro, terlepas perlawanan pembukaan liga PSG menentang Lorient di Paris pada Sabtu kerana jangkitan virus.

Pemain Brazil itu dikontrak untuk tinggal di ibu negara Perancis sehingga 2025, mempunyai 118 gol dalam 173 penampilan, merangkul pelbagai trofi termasuk lima gelaran Ligue 1, namun tidak lagi dianggap sebagai pemain utama dalam skuad bimbingan Luis Enrique.

Beberapa laporan menyatakan Neymar berharap kembali ke Barcelona atas perjanjian pinjaman, namun isu kewangan kelab LaLiga Sepanyol itu menyebabkan perkara itu tidak dapat direalisasikan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Al Hilal cuba menandatangani pemain Perancis. Kylian Mbappe, yang telah dimasukkan semula ke dalam pasukan utama kelab Paris itu pada Ahad.

Terdahulu kelab Arab Saudi itu juga dilaporkan berminat dengan pemain Argentina, Lionel Messi yang memilih untuk menyertai Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS) Inter Miami.

Sebagai, kelab paling berjaya di Arab Saudi dan Asia, Al Hilal telah memenangi 66 trofi dan memegang rekod kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara Asia, dengan masing-masing 18 dan empat daripadanya.

Memperkukuh skuad adalah keutamaan bagi kelab yang berpangkalan di Riyadh itu, selepas Dana Pelaburan Awam Saudi mengumumkan pada Jun projek pelaburan dan penswastaan ​​untuk kelab sukan membabitkan juara liga Al Ittihad, Al Ahli, Al Nassr dan Al Hilal.

Musim Liga Pro Saudi bermula pada Jumaat selepas membelanjakan hampir setengah bilion dolar untuk memikat ramai pemain dan jurulatih terkemuka dari kuasa Eropah.

Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr musim lalu sejurus selepas Piala Dunia dalam perjanjian yang menjadikannya atlet dengan bayaran tertinggi manakala Al Ittihad menandatangani Karim Benzema dari Real Madrid.

Pemenang Liga Juara-Juara, Riyad Mahrez, Edouard Mendy dan Roberto Firmino semuanya menandatangani kontrak bersama Al Ahli.