Nor Yahati Awang dilantik CEO IIM baharu

Nor Yahati
Nor Yahati
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Nor Yahati Awang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Institut Integriti Malaysia (IIM) baharu yang berkuat kuasa, Isnin.

Menurut IIM dalam satu kenyataan, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang telah dilantik sebagai Ketua Audit Negara pada 12 Jun lepas.

Katanya, Nor Yahati mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1995.

"Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan awam di beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Perbendaharaan Malaysia; Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Khazanah Nasional Berhad dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

"Seluruh warga IIM merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Datuk Nor Yahati atas pelantikan ini.

"Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Datuk Wan Suraya atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di IIM dari 7 Mac 2022 hingga 12 Jun tahun ini,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Nor Yahati antara tiga pegawai yang menerima watikah penempatan jawatan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dalam satu majlis ringkas di Putrajaya pada Isnin.

Dua lagi adalah Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dan Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan.

Artikel Berkaitan: