Jalankan amanah, jangan hampakan kepercayaan pengundi - MCA

Ka Siong berucap pada Konvensyen MCA Negeri Sembilan di Oakland, Seremban 2. - Foto Bernama
Ka Siong berucap pada Konvensyen MCA Negeri Sembilan di Oakland, Seremban 2. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Isu ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi perbualan topik hangat yang disampaikan oleh para pengundi kepada ahli parti.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, calon yang menang hendaklah menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin dan tidak sesekali menghampakan kepercayaan pengundi.

“Yang menang tidak semuanya menang dan kalah tidak semuanya kalah. Paling penting, kebajikan rakyat patut dijaga dan pembangunan negara perlu diutamakan. Tiba masa menjayakan rekonsiliasi nasional.

“Umum mahukan hala tuju negara yang lebih jelas dan ia perlu direncanakan secara bersama oleh kerajaan dan pembangkang sama ada di peringkat pusat mahupun negeri,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Ahad.

Semalam berlangsungnya pilihan raya di enam negeri yang mempertandingkan sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah calon seramai 570 orang.

Keputusan PRN mencatatkan Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi sebanyak 146 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (80 kerusi) dan Barisan Nasional (19 kerusi).

Pada masa sama, Ka Siong berharap agar calon yang kalah bertanding untuk tidak berputus asa sebaliknya meneruskan khidmat untuk rakyat.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: