PRN: PH menang 21 kerusi di Pulau Pinang

Abdul Ghani selepas sidang media mengumumkan keputusan terkini bagi PRN dan PRK Kuala Terengganu di ibu pejabat SPR di Putrajaya pada Sabtu - Foto Bernama
Abdul Ghani selepas sidang media mengumumkan keputusan terkini bagi PRN dan PRK Kuala Terengganu di ibu pejabat SPR di Putrajaya pada Sabtu - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu berdasarkan jumlah keseluruhan pengundian setakat jam 10.34 malam.

“PH telah berjaya mencatatkan kemenangan sebanyak 21 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

“Parti ini juga berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus,” ujarnya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, beliau berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Menurutnya, daripada jumlah itu PH berjaya meraih 17 kerusi manakala BN 14 kerusi.

“Selebihnya Perikatan Nasional berjaya memenangi lima kerusi daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

“Keputusan itu berdasarkan jumlah keseluruhan pengundian setakat jam 11 malam,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu.

Pada masa sama, Abdul Ghani memaklumkan tiada mana-mana parti yang berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripda jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRN enam negeri kali ini, seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 kerusi DUN.

Seramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi untuk pembentukan kerajaan negeri baharu.