PN Kedah mendahului PH-BN, peroleh lebih dua pertiga kerusi DUN

Lebih 2,000 penyokong PN di Kompleks Pas Kedah bersorak selepas keputusan tidak rasmi diumumkan yang menyaksikan setakat ini memihak kepada PN.
Lebih 2,000 penyokong PN di Kompleks Pas Kedah bersorak selepas keputusan tidak rasmi diumumkan yang menyaksikan setakat ini memihak kepada PN.
A
A
A

ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) dijangka menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) Kedah dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, setakat jam 9.30 malam, menunjukkan PN mendahului Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan 25 kerusi.

Antara kerusi yang menyaksikn PN mendahului ialah di DUN Jeneri yang ditandingi panglima perang PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendahului dengan 19,922 undi berbanding calon BN, Datuk Muhammad Khizri Abu Kassim sebanyak 5289 undi.

Nama-nama besar pimpinan PH-BN dilihat kecundang termasuk di DUN Pedu, yang menyaksikan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid jauh ketiinggalan 8,024 undi berbanding penyandang, Mohd Radzi Mat Amin memperoleh 14,397 undi.

Setakat ini juga, keputusan tidak rasmi di Alor Mengkudu menyaksikan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dilihat ketinggalan dengan 8,282 dan undian tidak rasmi berpihak kepada calon PN, Radzi Mat Din yang memperoleh 17,835 undi.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang bertanding di DUN Pengkalan Kundor juga ketinggalan 10,993 undi berbanding calon PN, Mardhiyyah Johari memperoleh 21,516 undi.

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew juga ketinggalan dan keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang kerusi terbabit gagal mempertahankan kerusinya.

Sementara wakil DAP di DUN Kota Darul Aman, Teh Swee Leong mempertahankan kerusi disandang dengan memperoleh 11,178 undi mengalahkan calon PN, Chua See Seng dari Gerakan dengan 5,528 undi.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, antara kerusi milik PN termasuk DUN Jitra, Suka Menanti, Anak Bukit, Kubang Rotan, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka.

Kedua-dua DUN di Langkawi yang mencetuskan kontroversi apabila dua calon Bebas dari Pas bertanding di Ayer Hangat dan Kuah, juga memihak kepada PN.