Pas Terengganu umum menang majoriti mudah 17 kerusi DUN

Pas Terengganu mengumumkan kemenangan parti gabungan PN dengan majoriti mudah 17 kerusi.
Pas Terengganu mengumumkan kemenangan parti gabungan PN dengan majoriti mudah 17 kerusi.
A
A
A

MARANG - Pas Terengganu mengumumkan kemenangan parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dengan menguasai majoriti mudah 17 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Kemenangan itu diumumkan di hadapan penyokong parti itu di Masjid Rusila di sini sebentar tadi.

Keputusan awal yang diumumkan itu memberi gambaran bahawa parti mempunyai peluang cerah untuk terus mengekalkan pemerintahan dan membentuk kerajaan di Terengganu.

Antara kerusi DUN yang telah dimenangi Pas kali ini ialah Jabi dengan majoriti 4,678 undi, Tepuh (10,890), Buluh Gading (10,858) dan Bukit Tunggal (10,961).

DUN-DUN lain ialah Bukit Payung (10,961), Telemung (295), Manir (11,260), Kuala Berang (5,917), Ajil (6,286), Rantau Abang (12,922), Kemasik (6,505) dan Cukai (8,106).

LAGI MENYUSUL

Artikel Berkaitan: