[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] Pas mendahului di Penaga

Mohd Yusni Mat Piah
Mohd Yusni Mat Piah
A
A
A

KEPALA BATAS - Pas mendahului undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu dengan kelebihan lebih 2,000 undi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Yusni Mat Piah yang tampil selaku penyandang memperolehi 5,377 undi manakala calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Salleh (3,330 undi).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, calon BN di DUN Penaga tewas buat pertama kali kepada Pas dengan majoriti 1,132 undi.

DUN Penaga yang memiliki komposisi pengundi Melayu tertinggi iaitu 93 peratus menjadi antara 20 kerusi tumpuan dalam PRN kali ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH)-BN dan PN.

Artikel Berkaitan: