Peratus undi terbelakang, Pas tetap yakin pertahan Kelantan

Ahmad semasa ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat pada Sabtu.
Ahmad semasa ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yakin parti itu masih mampu mengekalkan pentadbiran di Kelantan selepas pilihan raya negeri (PRN) walaupun peratusan mengundi negeri ini sedikit terkebelakang berbanding Kedah dan Terengganu.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah kerusi yang akan dimenangi oleh parti itu masih belum diketahui.

"Saya yakin Pas akan dapat pertahankan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaa (SMK) Kampung Laut di sini pada Sabtu.

Ahmad menyeru seluruh rakyat untuk terus keluar mengundi.

PRN kali ini Pas bertanding di 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala enam lagi diserahkan kepada rakan sekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Pas menang 37 kerusi manakala lapan dimenangi Barisan Nasional (BN).

Artikel Berkaitan: