Vote Malaysia kumpul 3,495 undi pos luar negara

Pengasas UNDI18, Tharma Pillai (dua dari kiri) bersama Diffan Sina (tengah) bergambar bersama kertas undi pos ke luar negara selepas sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. Foto Bernama
Pengasas UNDI18, Tharma Pillai (dua dari kiri) bersama Diffan Sina (tengah) bergambar bersama kertas undi pos ke luar negara selepas sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,495 undi pos dari luar negara dikumpul oleh sukarelawan di bawah inisiatif Vote Malaysia untuk 245 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang berlangsung esok.

Usaha mengumpul dan menghantar undi pos luar negara itu digerakkan oleh Persatuan Pengundi Muda (UNDI18), Gerakan 1thirdMedia dan beberapa badan sukarelawan lain bagi membantu menguruskan proses pengundi yang berada di luar negara.

Koordinator Program UNDI18, Diffan Sina Jasmi berkata, pihaknya membantu mengumpul, mengasingkan dan menghantar kertas undi pos luar negara kepada Pengurus Pilihan Raya bagi setiap negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan satu PRK di Kuala Terengganu.

"Usaha ini telah bermula pada 1 Ogos lalu apabila pihak kami menerima pos undi luar negara daripada rakyat Malaysia yang berada di Asia Tenggara seterusnya pada 2 Ogos pihak mula menerima sampul undi pos daripada kawasan selain Asia Tenggara.

Setakat ini kertas undi negeri yang tertinggi berjaya dikumpul adalah daripada Selangor iaitu sebanyak 1,887 diikuti Pulau Pinang (1,009), Kedah (281), Negeri Sembilan (195), Kelantan (63) manakala Terengganu (60),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Diffan berkata, usaha ini telah bermula pada Pilihan Raya Negeri Johor dan kejayaan terbesar adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu selepas mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 35,092 kertas undi pos luar negara.

"Kali ini peratusan yang berjaya dikumpul adalah 43.8 peratus iaitu 3,495 daripada 7,972 kertas undi pos luar negara yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menetapkan tarikh pengundian bagi PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta PRK Parlimen Kuala Terengganu esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: