Rakyat Selangor perlu beri isyarat jelas tumbang PN dalam PRN - Anwar

Anwar berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Tapak Pasar Malam Bestari Jaya malam ini. - Foto Bernama
Anwar berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Tapak Pasar Malam Bestari Jaya malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA SELANGOR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Selangor perlu memberi signal jelas untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.

Anwar berkata, hanya dengan kemenangan itu sahaja negara terus kekal diperintah dengan aman oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat dan negeri.

"Orang Selangor patut ajar mereka (PN) kali ini dan kita beri 'knockout' (kalah mati) kepada PN," katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor di Tapak Pasar Malam, Bestari Jaya di sini pada malam Khamis.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada kejayaan Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh lapan bulan memerintah negara

"Kalau saya tak buat kerja, tiada keyakinan cakap macam ini kerana saya sudah lama jadi Ketua Pembangkang.

"Kalau saya tak buat kerja dan tidak buat bersungguh-sungguh, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan menteri kerajaan (tentunya) tiada keyakinan kepada saya," ujar beliau.

Justeru kata beliau, Kerajaan Perpaduan yang ada pada masa ini telah memberikan perkhidmatan terbaik bagi membela semua nasib rakyat tanpa mengira kaum.

Menurut Anwar, semua bidang diberi tumpuan bukan sahaja rakyat miskin, sebaliknya tumpuan juga kepada tandas dan dinding sekolah di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Saya tegaskan semua ini perlu baik pulih dan wajib disegerakan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion," katanya.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, kerajaan pada peringkat akhir cadangan berhubung kajian tidak mahu membebankan majikan bagi membantu menangani masalah gaji pekerja.

"Kerajaan buat satu cadangan tak pernah PN dan kerajaan sebelum ini fikirkan dengan menyediakan sejumlah wang RM2 bilion untuk kita naikkan dan tambah gaji pekerja daripada duit kerajaan," ujar beliau.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!