PPAT lokasi utama World #QuranHour Terengganu

Marzialina (depan, tiga kanan) bersama pasukan Rumah Ngaji Terengganu dan pegawai PPAT yang akan turut serta menjayakan program World #QuranHour.
Marzialina (depan, tiga kanan) bersama pasukan Rumah Ngaji Terengganu dan pegawai PPAT yang akan turut serta menjayakan program World #QuranHour.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sekali lagi menjadi lokasi utama program World #QuranHour di Terengganu yang akan berlangsung pada 30 Mei ini.

Pengarahnya, Marzialina Mohamed berkata, bagi edisi kali ini, pihaknya mengharapkan penglibatan seramai mungkin peserta untuk bersama-sama membaca al-Quran serentak di seluruh negara.

“Kita nak dalam tempoh sejam itu, umat Islam di seluruh dunia mewujudkan gelombang yang besar. Ia salah satu usaha kita dalam mengajak umat Islam untuk memartabat, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan.

“Pada masa sama, kita berharap agar masyarakat bukan hanya membaca al-Quran pada masa tersebut, namun dapat dijadikan sebagai amalan dan budaya harian,” katanya.

Jelasnya, dalam menarik lebih ramai peserta menjayakan program berkenaan, semua perpustakaan daerah dan perpustakaan desa akan turut melaksanakan program itu di lokasi masing-masing.

Majlis perasmian World #QuranHour di PPAT dijangka akan disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Ridzuan Hashim yang juga Pengerusi PPAT.

Artikel Berkaitan: