Polis buru penyewa Toyota Vellfire bercermin gelap

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna kelabu dan bercermin gelap yang meloloskan diri dalam pemeriksaan polis di Jalan Pudu, di sini, semalam dikenal pasti sebagai kenderaan sewa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kereta tersebut dikenal pasti disewa daripada seorang pemilik wanita.

"Namun, usaha menjejak penyewa serta individu yang berada di dalam MPV itu masih diteruskan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka ini boleh tampil membuat laporan di mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan Op Tapis di lokasi berkenaan sebelum melihat kenderaan terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Polis bagaimanapun cuba menghampiri kenderaan terbabit namun pemandunya memecut laju dan nyaris melanggar kereta polis yang diletakkan di lokasi berhampiran.

Artikel Berkaitan: