Perang psikologi politik menjelang PRN

Tempoh berkempen semakin singkat membuatkan pihak yang bertanding turut menggunakan pendekatan psikologi dalam menarik pengundi.
Tempoh berkempen semakin singkat membuatkan pihak yang bertanding turut menggunakan pendekatan psikologi dalam menarik pengundi.
A
A
A

BAHANG kempen pilihan raya negeri (PRN) yang berbaki lebih kurang 48 jam dilihat semakin memuncak apabila masing-masing mula melakukan perang psikologi bagi meyakinkan pengundi.

Permainan psikologi yang dilakukan boleh menjadi tsunami sehingga mampu menggubah prinsip dan sokongan terhadap parti dengan pelbagai pendedahan serta kontroversi.

Ditambah pula dengan gelombang media sosial yang semakin meluas, memudahkan perang saraf kepada pengundi dilakukan dengan pantas tanpa sebarang sekatan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar misalnya berkata, dakwaan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) bahawa kerajaan Pusat akan bertukar sekiranya gabungan tersebut menang semua PRN sekadar permainan psikologi.

Ujar Mahfuz, usaha itu adalah cara PN untuk mengekalkan kuasa mereka di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah selain mendakwa parti tersebut semakin bimbang dengan slogan 'Kalih Bagi Sama' yang dilihat semakin disambut baik oleh rakyat.

Pun begitu, rakyat lebih bijak menilai walaupun terdapat sebahagian masyarakat dilihat tidak menunjukkan sikap fanatik terhadap sesebuah parti, namun mereka juga antara penyumbang kepada perubahan kerajaan.

Sementara itu, Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PN akan menggunakan segenap ruang dan masa yang ada untuk berkempen.

Menurutnya, dalam tempoh 48 jam terakhir ini jentera parti akan mengukuhkan cara berkempen sama ada secara fizikal mahupun atas talian.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh pula memaklumkan, pihaknya sedang mempertingkat jumlah jentera dan mengarahkan ahli untuk memberikan komitmen 200 peratus dalam mencari pengundi.

Menurutnya, berdasarkan kempen PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, sokongan rakyat terhadap BN semakin menunjukkan perubahan positif.

Bagaimanapun, dalam tempoh yang getir ini mana-mana ahli politik atau calon tidak boleh berasa selesa dengan jumlah sokongan semasa berkempen kerana terdapat kemungkinan atau kejutan mampu berlaku di saat akhir.

Tempoh berkempen yang semakin singkat kadangkala menimbulkan tekanan sehingga muncul pelbagai fitnah atau tuduhan yang sukar dikawal.

Oleh itu, pilihan dan keputusan untuk memilih itu terletak di tangan rakyat bagi memastikan pemimpin yang dipilih mampu melaksanakan perubahan lebih baik.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!