Empat cedera, kereta perisai kemalangan dengan MPV

Anggota bomba membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai dan MPV di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai. Kemalangan sebuah MPV dan kereta perisai di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai.
Anggota bomba membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai dan MPV di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai. Kemalangan sebuah MPV dan kereta perisai di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di sini pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 8.28 malam, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai dan Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan sebuah kereta Honda Odyssey.

"Terdapat empat mangsa di dalam kenderaan Honda Odyssey mengalami kecederaan. Mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun serta seorang wanita berusia 54 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, anggota bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Bayu Damai dan hospital.

Jelasnya, dua anggota ATM di dalam kereta perisai tersebut dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan: