Mourinho bukan mata duitan

Jose Mourinho
Jose Mourinho
A
A
A

PENGENDALI AS Roma, Jose Mourinho telah menolak dua tawaran lumayan untuk melatih kelab Arab Saudi.

Maurinho yang terkenal dengan gelaran 'Special One' mengendalikan kelab Itali itu pada permulaan kempen 2021/22 membawa mereka menjuarai Liga Persidangan Europa pada musim pertamanya sebagai pengurus.

Dia kemudiannya membawa kelab Itali itu muncul naib juara Liga Europa selepas tewas penentuan penalti kepada Sevilla musim ini.

Namun, dia dipalit dengan beberapa kontroversi sehingga digantung empat perlawanan oleh UEFA dan menyaksikan masa depannya di Roma tidak menentu.

"Saya telah mendapat dua tawaran daripada Al Hilal dan Al Ahli. Saya memutuskan untuk menolak kedua-duanya kerana saya mahu kekal di Roma.

"Tidak semuanya berjalan lancar (di kelab ini), tetapi saya juga menikmati kesukaran itu.

"Biasa untuk marah atau kecewa tetapi sejurus selepas itu saya kembali positif. Saya tidak tertekan dan Roma juga masih memerlukan khidmat saya," katanya.

Artikel Berkaitan: