Sabah tidak mahu kecewakan penyokong di Likas

Sabah FC. Gambar kecil: Kim Swee
Sabah FC. Gambar kecil: Kim Swee
A
A
A

SABAH FC bertekad untuk tidak mengecewakan para penyokong The Rhinos apabila melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Likas pada Rabu.

Malah pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee, rekod bersih saingan liga di Likas musim ini merupakan motivasi Sabah bagi menghadirkan tentangan sengit kepada skuad berkualiti kendalian Esteban Solari itu.

“Semua tahu bukan satu tugas mudah apabila berdepan JDT yang berada pada prestasi konsisten dalam saingan liga dan ini merupakan cabaran terbesar buat Sabah.

“Meraih keputusan positif berdepan JDT juga penting kerana kita mahu memastikan Sabah kekal bersaing dalam kelompok pasukan terbaik Liga Super musim ini.

“Sekiranya, para pemain Sabah melipatgandakan usaha memberikan tentangan sengit disertai kesungguhan dan permainan berkualiti tinggi, saya percaya para penyokong akan faham di penghujung perlawanan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Sebagai rekod, perlawanan pusingan pertama sebelum ini menyaksikan JDT menewaskan Sabah, 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada April lalu.

Dalam pada itu, Kim Swee menegaskan perlawanan menentang Harimau Selatan merupakan ujian sebenar buat pemain import Ramon Machado yang telah meledak enam gol dan dua bantuan gol dalam lima penampilan bersama The Rhinos.

“Ya, biarpun Ramon yang baharu menyertai Sabah, namun dia telah menampilkan persembahan cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini

Artikel Berkaitan:

“Jadi apabila berdepan JDT, pasukan yang kurang dibolosi musim ini merupakan ujian sebenar buat Ramon bagi membuktikan kemampuannya.

“Biarpun begitu saya tegaskan di sini menjaringkan gol kemenangan bukannya datang daripada Ramon, tetapi juga menjadi tanggungjawab semua pemain Sabah,” katanya memaklumkan tuan rumah turun tanpa khidmat Miguel Angel Cifuentes yang masih mengalami kecederaan.


LIGA SUPER 2023

JADUAL

RABU (9 OGOS)

Sabah FC lwn JDT

(Stadium Likas, 8.15 malam)

Perak FC lwn Penang FC

(Stadium Perak, 9 malam)

Kelantan FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stadium Sultan Muhammad IV, 9 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan MFL