Anak pelakon Sepanyol bunuh, kerat mayat doktor bedah

Polis menemui saki baki mayat di tempat longgokan sampah di Koh Pha Ngan. - Agensi
Polis menemui saki baki mayat di tempat longgokan sampah di Koh Pha Ngan. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang warga Sepanyol yang juga anak pelakon mengaku bersalah membunuh dan mengerat lelaki warga asing di sebuah pusat peranginan Koh Pha Ngan, Thailand.

Pihak berkuasa berkata, anggota badan termasuk pinggul dan paha telah ditemui kawasan longgokan sampah pada Khamis yang dipercayai milik seorang doktor bedah plastik warga Colombia, Edwin Arrieta Arteaga berusia 44 tahun.

Polis berkata, suspek dikenali sebagai Daniel Sancho Bronchalo, 29 yang tiba di Thailand pada 31 Julai sebagai pelancong, mengaku melakukan pembunuhan kejam itu.

Mejar Jeneral Polis, Saranyu Cgannanrat berkata, suspek dibawa ke mahkamah pada Isnin untuk ditahan reman bagi tujuan siasatan lanjut.

Menurut laporan media, suspek bekerja sebagai cef dan juga anak kepada pelakon terkenal Sepanyol, Rodolfo Sancho.

"Dia mengaku membunuhnya," kata Ketua Polis Koh Pha Ngan, Panya Nirtimanon sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain sebelum mereka datang ke Thailand dan pembunuhan ini dilakukan oleh cef tersebut," tambahnya.

Koh Pha Ngan terkenal dengan pantai berpasir putih yang menarik ribuan pelancong ke pesta liar dikenali sebagai 'Bulan Purnama'. - Agensi

Artikel Berkaitan: