The Mersey Beatles rai ulang tahun ke-60 The Beatles

The Mersey Beatles
The Mersey Beatles
A
A
A

KUMPULAN yang terkenal sebagai band tribute kepada The Beatles iaitu The Mersey Beatles bakal mengadakan persembahan magis Beatlemania dalam siri jelajah dunia mereka di Kuala Lumpur.

Siri jelajah dunia sempena meraikan ulang tahun ke-60 The Beatles itu bakal diadakan di The Platform @ Menara Ken TTDI, pada 26 dan 27 Ogos depan.

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, YOLO menyasarkan untuk membawa pelbagai jenis hiburan kepada rakyat Malaysia, daripada artis tempatan dan indie kepada artis terkenal di peringkat antarabangsa.

"Justeru, kami bawa The Mersey Beatles untuk menemui peminat di negara ini dan band tribute ini akan mengimbau nostalgia rakyat Malaysia kepada kumpulan rock yang pernah menawan dunia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Kumpulan muzik itu akan mengadakan dua persembahan sehari iaitu pada jam 3.30 petang dan 8 malam.

Dipuji sebagai band tribute The Beatles terbaik oleh Kelab Peminat Beatles British (British Beatles Fan Club), The Mersey Beatles dianggotai oleh empat jejaka iaitu Mark Bloor, Steven Howard, Brian Ambrose dan Craig McGown yang masing-masing menggambarkan John, Paul, Ringo dan George.

Kumpulan itu juga mendapat pujian daripada Julia Baird, adik John Lennon, yang mengatakan The Mersey Beatles benar-benar menghidupkan muzik dan lagu-lagu The Beatles.

The Mersey Beatles bakal mengadakan persembahan magis Beatlemania dalam siri jelajah dunia mereka di Kuala Lumpur.
The Mersey Beatles bakal mengadakan persembahan magis Beatlemania dalam siri jelajah dunia mereka di Kuala Lumpur.

The Mersey Beatles telah menghiburkan penonton dengan konsert-konsert menggegarkan yang habis terjual di seluruh dunia sejak 1999 dan menampilkan persembahan hebat di kebanyakan festival Beatles.

Kumpulan itu bukan sekadar berjaya menjiwai dan menjelmakan semula The Beatles dari segi luaran dan dalaman, bahkan kemampuannya merencana setiap persembahan menjadi pengalaman baharu yang cukup menarik buat penonton melonjakkan populariti mereka berempat selama ini.

Tiket-tiket yang berharga RM368, RM288, RM238 dan RM188 kini boleh dibeli di www.yoloasia.com.

Selepas Malaysia, The Mersey Beatles akan pulang ke Liverpool untuk mengadakan persembahan tribute Beatles terbesar di Arena M&S Bank yang cukup berprestij.

Band ini akan beraksi di hadapan lebih 4,000 penonton di tempat kelahiran John, Paul, George dan Ringo.