Basuh kereta dapat Jalur Gemilang

Abdul Salim (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada salah seorang pelanggannya di Pusat Cucian Kenderaan Kazoku di Pekan Razaki di sini pada Ahad.
Abdul Salim (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada salah seorang pelanggannya di Pusat Cucian Kenderaan Kazoku di Pekan Razaki di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Kerana melihat kurangnya semangat orang ramai menyemarakkan Bulan Kebangsaan, sebuah kedai mencuci kenderaan mengambil inisiatif memberikan Jalur Gemilang secara percuma kepada pelanggannya.

Pengurus Pusat Cucian Kenderaan Kazoku, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi berkata, pemberian bendera secara percuma itu dilaksanakan sejak seminggu yang lalu selepas mendapati rumah dan premis perniagaan di sekitarnya tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Abdul Salim (kiri) melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan salah seorang pelanggannya di Pusat Cucian Kenderaan Kazoku di Pekan Razaki di sini pada Ahad.
Abdul Salim (kiri) melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan salah seorang pelanggannya di Pusat Cucian Kenderaan Kazoku di Pekan Razaki di sini pada Ahad.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 100 bendera Malaysia telah diedarkan kepada mereka yang datang mencuci kenderaan masing-masing.

"Saya buat macam ini sebab nak suruh orang ramai kibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah atau di kenderaan masing-masing. Sepatutnya dalam bulan kemerdekaan ini, kita sama-sama rasa berbangga mengibarkan bendera sebagai tanda sayangkan negara.

"Kalau boleh lebih ramai peniaga, usahawan dan kakitangan kerajaan yang pasang bendera di premis atau kenderaan masing-masing sempena Bulan Kebangsaan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Cucian Kenderaan Kazoku di Pekan Razaki di sini pada Ahad.

Abdul Salim berkata, dua jenis bendera disediakan untuk pelanggan iaitu bendera kecil kenderaan dan bendera besar untuk digantung di premis perniagaan atau di rumah.

Menurutnya, premis perniagaan juga diharap dapat memberikan bendera percuma kepada pelanggan mereka sebagai inisiatif untuk bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara.

Jelasnya, perniagaannya beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 9 pagi hingga 8 malam dengan pekerja seramai lapan orang.