Lima selebriti Hollywood amal diet puasa

No Image Caption
A
A
A

MELALUI fasa Ramadan, amalan berpuasa baik untuk menjaga kesihatan supaya sentiasa bersederhana dalam pengambilan makanan.

Malah, ibadat berpuasa seharusnya diteruskan sebagai gaya hidup sihat kerana sarat pelbagai kelebihan bagi setiap umat Islam yang mengamalkannya.

Selain dapat mengurangkan berat badan, berpuasa dapat meningkatkan kesihatan jantung, membersihkan toksin, memperbaiki sistem pencernaan dan banyak lagi.

Bukan sahaja umat Islam di seluruh dunia berpuasa, malah lima selebriti Hollywood ini turut mengamalkan diet puasa untuk gaya hidup sihat.

Siapakah selebriti itu?

Jennifer Lopez Untuk menjalani gaya hidup sihat, selebriti Jennifer Lopez (J-LO) turut mengamalkan puasa untuk pola dietnya. J-LO mengamalkan pemakanan dengan jumlah kalori tertentu setelah 12 jam berpuasa. Chris Pratt Aktor berusia 39 tahun ini mengamalkan diet untuk gaya hidup yang sihat. Diet yang memerlukan seseorang itu berpuasa 12 jam merupakan antara cara diet popular dalam kalangan selebriti.

Hugh Jackman Rahsia Hugh Jackman berbadan cantik adalah dengan berdiet. Pemegang watak Wolverine ini mengaku melakukan diet untuk menurunkan berat badan sewaktu berlakon filem aksi. Jackman turut menyatakan dengan berpuasa, tidur malamnya lebih berkualiti.

Kourtney Kardashian
Kourtney Kardashian

Kourtney Kardashian juga antara selebriti yang melakukan diet. Mengatakan hal tersebut dalam aplikasinya sekitar tahun 2008, Kourtney turut mengamalkan diet keto. Jimmy Kimmel

Artikel Berkaitan:

Pengacara terkenal, Jimmy Kimmel turut berpuasa bagi mengurangkan berat badannya. Menerusi Men's Journal, Kimmel berkongsi kaedah dietnya iaitu 5:2, makan kurang dari 500 kalori sehari pada setiap hari Isnin dan Khamis.

No Image Caption